Wednesday, April 28, 2010

Membongkar Sejarah Revolusi Asia Tenggara Tahun 1948

Presiden pertama Indonesia, Soekarno pernah berkata dalam pidatonya ketika menyambut ulang tahun kemerdekaan Indonesia ke-19:

"Sejarah adalah sebahagian dari diri sebagai bangsa, dia tidak boleh dipisahkan apalagi dilupakan. Melupakan sejarah - apalagi meninggalkan sejarah - sama ertinya dengan kehancuran sebuah bangsa." (Soekarno, 17 Ogos 1966)

Begitulah pentingnya sejarah dari kaca mata presiden pertama Indonesia sehinggakan dia mengatakan jika sejarah ditinggalkan ertinya sama seperti kehancuran sesuatu bangsa.

Akan tetapi sejarah seringkali dimanipulasi dan dibolot oleh orang-orang yang memegang kekuasaan – seperti yang berlaku di negara kita Malaysia.

Dalam buku-buku teks sejarah sekolah, perjuangan kemerdekaan negara hanyalah milik Umno dan Perikatan. Hanya perjuangan mereka ditonjolkan, sementara perjuangan orang-orang kiri pelbagai bangsa digelapkan dan dipropagandakan sebagai pengganas dan penjahat.

Akan tetapi, kerja-kerja menyembunyikan sejarah bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Kebenaran pasti akan terbongkar jua. Apa lagi di zaman internet apabila manipulasi sejarah dan maklumat dapat dipecahkan dengan pelbagai pendapat dan fakta daripada pelbagai sumber.

Sebelum Revolusi 48

Selepas berjaya dengan dokumentari Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka, Fahmi Reza muncul dengan dokumentari terbaru bertajukRevolusi 48.

Pengarah filem ini membongkar kembali peristiwa bersejarah pada 1948 yang telah memainkan peranan penting dalam usaha-usaha memerdekakan negara daripada penjajahan British.

Peranan orang-orang kiri daripada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Parti Komunis Malaya (PKM) dalam memerdekakan Malaya tidak boleh dinafikan.

Malahan jika dikaji kembali sejarah, mereka inilah perintis perjuangan untuk memerdekakan negara. Ketika Umno yang ditubuhkan pada 1946 bangga dengan slogan “Hidup Melayu”, mereka (baca: golongan kiri) telah melaungkan slogan “merdeka”.

Pak Mamat, Mak Minah, Pak Chou Tong dan Pak Waimin menceritakan kembali apa yang sebenarnya berlaku pada ketika Malaysia berada di zaman pra-kemerdekaan bermula dari zaman penjajahan Jepun, kembalinya British selepas ketewasan Jepun, darurat diisytiharkan dan golongan kiri mengangkat senjata.

Peranan Lai Teck

Jika Khalid Jaafar, setiausaha akhbar Anwar Ibrahim sewaktu beliau masih timbalan perdana menteri menganggap bahawa Lai Teck yang berasal dari Vietnam sebagai penyelamat agung kepada negara dari pengaruh komunis, filem Revolusi 48 menceritakan sebaliknya.

Chou Tong menceritakan dengan jelas dalam dokumentari ini tentang peranan Lai Teck yang digunakan oleh British untuk menggagalkan usaha memerdekakan negara selepas Jepun menyerah kalah.

Chou, atau nama sebenarnya Au Heng Fong, berkata Lai Teck pernah berkhidmat dengan Perancis ketika di Vietnam sebagai ejen perisikan. Selepas diketahui tentang peranannya sebagai tali barut penjajah oleh rakyat Vietnam, beliau menyusup ke Singapura untuk membantu British.

Di Singapura, Lai Teck pada mulanya menjadi buruh dan kemudian aktif di kesatuan buruh. Dari situlah beliau berjaya menyusup masuk dalam gerakan kiri dan sekali gus rapat dengan PKM.

Apabila Jepun menjajah Tanah Melayu dan Singapura, Lai Teck menjadi tali barut kepada penjajah Jepun pula. Beliaulah yang banyak membongkarkan rahsia kepada Jepun mengenai gerakan anti-Jepun.

Namun apabila Jepun menyerah kalah, dengan cepat Lai Teck bertukar kiblat kepada British. Antara tugasan pentingnya ialah menggagalkan pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu selepas Jepun menyerah kalah.

Jika tiada Lai Teck, Malaya akan merdeka sepuluh tahun lebih awal!

Gerakan bersenjata

Dalam dokumentari ini juga, keempat-empat penggerak PKM ini menceritakan latar belakang bagaimana dan mengapa mereka menyertai gerakan bersenjata untuk melawan penjajah British.

Pada 1948, British mengisytiharkan darurat. PKMM, API, AWAS dan PKM yang sebelum ini bergerak secara sah diharamkan dan ramai pemimpin parti-parti tersebut ditahan.

Jika British tidak menghalang kebangkitan gerakan kiri, mereka akan dihalau oleh rakyat dari Malaya seperti rakyat Indonesia menghalau Belanda.

British tahu gerakan menuntut kemerdekaan menjadi semakin popular. Mahu tidak mahu, mereka terpaksa akur untuk memberi kemerdekaan kepada Malaya.

Jika orang-orang kiri berjaya dalam perjuangan menuntut kemerdekaan, kepentingan British akan hilang seratus-peratus.

Maka British terpaksa menyokong Umno dan Perikatan yang lebih menjamin kepentingan mereka. Apabila darurat diisytiharkan pada 1948, maka revolusi pun bermula.

Ramai pemuda dan pemudi dari golongan buruh dan petani menyertai perjuangan mengangkat senjata untuk melawan British.

Selepas penjajah meninggalkan Malaya pada 1957, kerajaan yang dipimpin Tunku Abdul Rahman meneruskan perang terhadap golongan kiri dan PKM.

Tindakan ini telah menyebabkan perjuangan bersenjata berterusan sehinggalah Perjanjian Damai Haadyai ditandatangani antara Malaysia, Thailand dan PKM pada 1989.

Contohi Megawati

Dokumentari Revolusi 48 satu usaha membongkar kembali sejarah-sejarah yang telah disembunyikan selama separuh abad. Pada masa akan datang, lebih banyak lagi yang akan terbongkar.

Penulisan sejarah haruslah adil kepada semua pihak. Yang benar tetap benar. Yang salah tetap salah. Fakta ini tidak dapat diubah.

Baru-baru ini, serikandi negara Shamsiah Fakeh pulang ke rahmatullah. Apa yang menyedihkan, pemergiannya tidak mendapat penghormatan yang sepatutnya oleh pemerintah dan aktivis-aktivis politik di Malaysia.

Perkara ini saya khabarkan kepada seorang teman di Indonesia yang kini aktif dengan gerakan Islam. Beliau turut bersedih dengan cara Malaysia melayan tokoh bangsa.

Beliau memberitahu, ketika acara pengebumian bekas diktator Jeneral Soeharto, ramai hadirin yang hadir termasuklah bekas presiden Megawati Soekarnoputri.

Ketika zaman kegemilangan Soeharto, Megawati ditindas teruk oleh Soeharto. Parti PDI-P yang dipimpinnya pernah dipukul oleh jeneral tentera itu.

Bukan itu sahaja, ayah Megawati iaitu presiden pertama Indonesia, Soekarno dijatuhkan oleh rampasan kuasa yang dipimpin oleh Soeharto.

Malaysia harus mencontohi Megawati. Tidak kira apa ideologi politik sekalipun, tokoh tetap tokoh.

Jasa yang besar harus diberi penghargaan dan penghormatan.

Saturday, April 24, 2010

P094 Hulu Selangor lagi



Hari ni last kempen
esok hari mengundi,
Org bukan politik kata nampak gaya boleh kat BN,
tanya kat kawan2 politik,kata mungkin menang tipis,
Research Zentrum Studies kata,51.7% PKR,49.3% BN,
Aku pun tak ada di tempat kejadian
so aku tak bleh komen byk pasai ni,
aku kata 'kalau BN menang,mmg aku tak heran sbb depa invest duit berjuta,Pakatan punya invest air liur beserta fakta saja....'
Apa2 pun,kita tgu esok.....
Adios.........

Wednesday, April 21, 2010

Ekonomi Malaysia Terkangkang

*Fakta mengenai keadaan ekonomi negara kita,thanks to bro isham sbb bg aku share artikel ni dlm blog aku

Untuk negara-negara di Dunia Ketiga seperti Malaysia : ekonomi terbuka ini samalah seperti ekonomi terkangkang. Ekonomi terkangkang samalah seperti pelacur yang membukakan peha kepada sesiapa sahaja yang sanggup membayar dan melanggan.

Saya bersimpati kepada pentabiran hari ini kerana terpaksa mengangkang untuk memanggil pelabur luar datang menjilat madu ekonomi negara kita. Sebenarnya ekonomi terbuka atau ekonomi terkangkang ini adalah satu fenomena yang baru. Ekonomi terkangkang ini di paksakan bukan sahaja kepada Malaysia malah kepada semua negara yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis.

Ada urutan sejarah sebelum dilahirkan ekonomi terkangkang ini. Mari kita kembali ke era sesudah tamatnya Perang Dingin. Ketika itu Amerika Syarikat telah mengangkat dirinya sendiri untuk menjadi kepala taiko mengawal semua ekonomi kapitalis dalam dunia ini. USSR atau Soviet Union telah mengundur. Di era Perang Dingin wujud Dua Negara Super - USSR/USA - kini tinggal hanya satu. Amerika Syarikat - menjadi kuasa mutlak dunia - naik angin dan besar kepala kerana dilihat tidak ada kuasa yang akan dapat melawan/menentang mereka.

Kuasa imperial Amerika ini yang dibantu dengan bala tentera dan dolar telah mengarahkan Bank Dunia, World Trade Organisation, APEC, NAFTA, IMF, PBB untuk memaksa negara-negara di Dunia Ketiga membuka ekonomi mereka. Dasar ini bermula di zaman pentabiran Ronald Reagan di Rumah Puteh dan Magaret Thatcher di No 10 Downing Street.

Dolar – duit Amerika – telah dipaksakan untuk digunakan dalam hal jual beli minyak. Dolar kertas hijau yang tidak memiliki apa-apa nilai ini kerana tidak ada sandaran emas wajib dimiliki oleh setiap negara kapitalis jika ingin membeli atau menjual minyak. Ini sebenarnya satu rompakan di siang hari. Dengan sokongan kekuatan bala tentera, tidak ada satu kuasa yang berani melawan atau menentang rompakan Amerika ini kecuali 3 buah negara : Cuba, Iran dan Venuezula.

Dibelakang pentas politik - pentabiran Amerika Syarikat memaksa kerajaan-kerajaan di Dunia Ketiga untuk membuka pasaran kepada syarikat multinasional. Sekatan demi sekatan dihapuskan. Tarif dan cukai yang menjadi pendapatan negara dipaksa untuk dilupuskan. Semua ini, konon, untuk mengembang dan meluas perdagangan. Setiap negara Dunia Ketiga digalakkan untuk membuka ekonomi mereka seluas mungkin kepada pelaboran luar.

Di zaman Mahathir – ada penentangan. Dengan licik Mahathir cuba menolak kemasukan pemodal luar. Pasaran dalaman negara dijaga dan dikawal. Mahathir Muhamad mewakili kapitalis nasional – mewakili kepentiang Lim Goh Tong, Ananda, Vincent Tan, Eric Chia atau Daim. Ini tidak berlaku dizaman Najib.

Tekanan ini telah sampai kepada Najib. Nasib rakyat Malaysia cukup malang kerana sesudah Dolah Badawi rakyat Malaysia berperdana menterikan Najib. Najib Razak adalah Pedana Menteri Malaysia yang memiliki banyak beban dan masaalah pribadi. Kes pembunuhan Altantuya adalah salah satu contoh dimana tekanan politik dan ekonomi boleh dikenakan kepada Najib.

Kalau kita semua kembali untuk melihat latar belakang Najib, maka kita akan merasa Malaysia hari ini dalam keadaan yang amat merbahaya. Mengikut surat Akuan Bersumpah Balasubramaniam - Najib telah bertemu dengan Altantuya di Singapoura - disatu pameran intan berlian. Sama ada perisek Singapura memiliki gambar Najib dengan Altantuya atau tidak bukan persoalan.

Dengan tidak adanya kepastian sama ada Singapura memiliki gambar itu atau tidak akan terus menakutkan Najib. Bagitu juga dengan General Directorate for External Security ( DGSE polis rashia Peranchis ) – sama ada mereka memiliki gambar Najib makan bersama Altantuya dalam restauran di Paris seperti kenyataan sepupu Alrantuya kepada hakim di mahkamah bukan persoalan.

Persoalannya ialah : Najib akan sentiasa gerun dan takut kepada kuasa kuasa ini. Najib akan senang ‘dipau’ dan di tekan. Inilah malangnya nasib rakyat Malaysia kerana Perdana Menterinya memiliki masaalah.

Lalu timbul peroalan : Apakah Najib sedang ‘dipau’ oleh Singapura? Atau apakah Najib juga sedanng ‘dipau’ oleh negara negara lain seperti Peranchi, Amerika dan Russia? Ini persoalannya wajib ditanyakan oleh seluruh rakyat Malaysia kerana masa depan Malaysia tidak seharusnya ‘dipau’ oleh kuasa-kuasa luar.

Orang ramai dan pemerhati politik agak hairan apabila melihat Najib membuat kenyataan penting tentang pemansuhkan Dasar Ekonomi Baru. Kenyataan yang amat penting ini dibuat bukan di Parlimen Malaysia tetapi di Singapura. Kenapa di Singapura? Kenapa tidak di Persidangan United Malays National Organisations?

Kemudian, apabila Najib memperkenalkan Model Ekonomi Baru, Najib tidak juga berucap di Parlimen tetapi di khalayak peniaga, towkay dan penjual beli dari syarikat luar. Kenapa tidak berucap kepada Dewan Perniagaan Bumiputera?

Amat jelas disini bahawa Najib terpaksa menyembah para peniaga, pelabor dan pemodal dari luar negara. Najib tahu jika kaum kaum kapitalis ini tidak diseronokan maka akhbar dan media mereka akan mula membuka kembali cerita dan kesah Mongolia. Jika Najib tidak membuka pasaran Malaysia maka CNN, BBC, Rueters, CNBC, AFP – akan membuka kesah Altantuya.

Akhirnya Najib terpaksa membuka ekonomi Malaysia jika tidak tekanan akan datang. Dalam masa yang sama apabila bila ekonomi Malaysia terkangkang maka yang akan menjadi mangsa serangan ekonomi kapitalis dunia ialah orang Melayu. Hakikatnya orang Melayu yang masih miskin akan menjadi mangsa serangan kaum kapitalis global. Ini bukan dilema Najib. Najib telah memilih untuk menyelamatkan diri dengan membuka ekonomi Malaysia.

Lalu persoalan timbul – apakah ada jalan lain selain dari mengangkang kepada pemodal luar. Lalu kita dipaksa untuk percaya dengan propaganda bahawa tidak ada jalan lain dalam era globalisasi ini melainkan membuka pasaran kita. Lalu kita diingatkan , malah diberi amaran jika ingin maju dan berjaya maka kita wajib berani bersaing untuk membuka pasaran kita.

Hasil dari propaganda ini Najib dipaksa untuk menarik subsidi. Najib dipaksa untuk membukakan kontrek kepada syarikat luar negara. Najib dipaksa untuk membenarkan syarikat luar negara untuk membeli saham dan harta negara kita.

Harus diingati : kapitalis melabur bertujuan untuk mendapat keuntungan maksima. Kapitalis berkerja untuk mencari untung maksima. Kapitalis tidak akan peduli tentang dasar ini atau dasar itu. Yang mereka perlukan hanya satu dasar : mereka diberi kebebasan dari segala macam cukai mukai. Cakap-cakap bahawa pemodal ini akan membawa pembangunan adalah bohong. Sistem kapitalis adalah sistem ekonomi yang beasaskan keuntungan. Kapitalis mendahulukan keuntungan.

Mari kita kembali untuk kepada asas ekonomi. Asas ekonomi mengajar kita memahami bahawa harta muncul dari hasil bumi, modal dan tenaga buruh. Kita memiliki asas-asas ini. Hasil bumi kita adalah milik kita. Warga negara adalah juga modal kita. Tenaga yang dilahirkan oleh manusia ialah modal.

Jangan silap baca – wang ringgit bukan modal. Wang ringgit itu adalah kertas yang mewakili nilai tenaga yang telah dikristalkan dalam bentuk dinar, ringgit atau rupiah. Satu keping ringit bermakna telah wujud tenaga buruh yang dinilai dengan harga satu ringgit dalam keping kertas itu.

Justeru kita jangan menjadi takut apabila kita selalu ditakut-takutkan jika FDI atau pelaburan luar tidak masuk maka ekonomi kita akan menghadapi kesusahan. Ini tidak tepat. Cuba kita kembalikan ayat yang sama. Kalau FDI ini tidak dibenarkan masuk maka kapitalsi ini akan jatuh muflis bukan kita.

Ekonomi Malaysia semakin terkangkang. Najib akan terus mendapat lebih banyak tekan dari Singapura, Amerika, Peranchis dan pemodal luar. Kad Altantuya akan dimainkan oleh kuasa-kuasa besar sama seperti Isreal memainkan bom nuklear untuk menakut-nakutkan negara Arab.

Jangan silap baca - kes Altantuya ini masih belum selesai. Maka terpulanglah kepada anak semua bangsa di Malaysia ini untuk memileh pimpinan yang jujur, telus dan demokratik yang tidak mungkin boleh ‘dipau’. Selagi Najib menjadi Perdana Menteri tekanan ke atas Malaysia akan beterusan. Najib akan terus mengangkang kepada kapitalis global dan kepentingan Amerika, Singapura dan Peranchis. TT

Tuesday, April 20, 2010

Siapa dia Zaid Ibrahim??

* diambil dari laman blog tukartiub


Ini cerita lama. Tapi baik juga untuk dibuka kembali agar kita semua dapat tahu apa yang berlaku puluhan tahun dahulu. Cerita-cerita ini kalau baik kita jadikan tauladan. Kalau tidak molek dapat kita jadikan sempadan. Kalau tidak pun kita baca untuk ketawa.

Ceritanya bagini:

Saya ingat lagi pada tahun 1972 - ketika itu saya anak mahasiswa yang mengulang tahun satu di Universiti Malaya. Saya telah aktif dalam perjuangan gerakan mahasiswa sejak dari awal tahun pertama lagi. Pada tahun itu, ketika Kongres Tahunan Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia (PKPM ), saya telah dilantik untuk menjadi Setiausaha Agung. Badan yang bernama PKPM ini telah diharamkan pada tahun 1974 - sesudah demo pelajar menyokong warga Baling.

Ketika saya dilantik sebagai SU Agung PKPM – perang Vietnam sedang rancak. Kuasa imperial Amerika sedang melancarkan perang kolonial ke atas Vietnam, Laos dan Kamboja – sama seperti yang sedang berlaku di Iraq dan Afghanistan hari ini.

Justeru dalam Kongres PKPM tahun 1972 itu ada terdapat resolusi yang mengutuk imperialis Amerika Syarikat dan menyokong perjuangan menuntut keadilan oleh rakyat Indo China. Ketetapan yang dibuat dalam kongres akan menjadi dasar persatuan sehingga ke kongres tahun hadapan.

Pada zaman itu gerakan mahasiswa cukup rancak. Saya adalah seorang ahli kelab sosialis yang aktif. Justeru pandangan politik saya adalah kiri. Buku dan akhbar yang saya baca adalah kiri. Negara dan pemimpin negara yang saya hormati adalah dari jalur kiri.

Berdasarkan resolusi PKPM yang anti-Amerika saya telah memasang poster-poster anti-perang Vietnam yang kami terima dari International Union of Students yang berpengkalan di Prague.

Rupa-rupanya ada juga kumpulan mahasiswa, terutama dari PMUKM yang yang tidak bersetuju dengan pemasangan poster ini. Lalu saya dikritik sebagai SU Agung PKPM yang tidak bertanggungjawab. Sebenarnya isu poster anti-perang Vietnam ini hanya alasan. Kritikan ini datang dari pelajar reaksionari bermazhab kanan.

Akhirnya satu persidangan tergempar telah diadakan. Persidangan ini diadakan di Dewan Majlis Persatuan Universiti Malaya. Saya ingat lagi petang itu – delegasi dari PMUKM, dari Serdang College, dari Institut Teknoloji Kebangsaan, KSITM dan tuan rumah PMUM turut hadir.

Saya dapat merasakan seolah-olah telah ada persetujuan untuk menyingkirkan saya dari PKPM. Idris Jusi, dari PMUKM mula bercakap membuka kes tentang saya yang dikatakan tidak mengikut dasar PKPM dan dilihat pro-komunis. Dari KSITM, presidennya Zahari tidak pula bercakap. Yang banyak bercakap ialah Ibrahim Ali.

Pandangan-pandangan kanan dan reaskioner bertaburan pada petang itu.

Sebelum keputusan dibuat untuk menyingkirkan saya dari PKPM - tiba-tiba seorang wakil delegasi dari KSITM mengangkat tangan untuk berucap. Saya masih ingat lagi anak muda itu. Dia kurus lansing dan kacak. Berkulit sawo matang. Anak muda ini memakai seluar hitam dan berbaju biru. Mustahil saya akan melupakan susuk ini. Sampai akhir hayat saya ingat apa yang berlaku pada petang itu. Tidak mungkin saya akan lupa kerana pada petang itu saya sedang disalib.

Masih terngiang di telinga saya hingga ke hari ini apa yang dikatakan oleh anak muda itu:

“Sebelum dia dibuang, dia berhak untuk diberi peluang bersuara. Ini adalah cita-cita demokrasi pelajar… dan ini adalah hak dia.”

Saya terperanjat kerana tidak ada sesiapa dari persatuan lain yang menyokong saya kecuali PMUM. Saya terperanjat kerana anak muda ini berani ‘pecah regu’ untuk menyokong saya. Saya kagum atas keberanian nya.

Saya tidak kenal anak muda ini. Tapi saya tahu anak muda ini datang dari KSITM – satu persatuan pelajar yang saya anggap reaksionari. Bila saya selidiki baru saya sedari anak muda ini ialah Zaid Ibrahim – pelajar jurusan undang-undang Institut Teknoloji Mara. Saya juga difahamkan si Zaid ini datang dari Sekolah Tuanku Abdul rahman (STAR) seteru kuat sekolah saya, MCKK.

Semenjak petang itu saya tidak bertemu dengan Zaid Ibrahim. Kami meneruskan keyakinan diri. Saya difahamkan Zaid telah menjadi seorang peguam yang berjaya. Saya terus menjadi diri saya.

Lima tahun dahulu seorang kawan dari MCKK mengajak saya untuk menjadi ahli Civil Society of Malaysia. Ini badan hak asasi manusia yang cuba diwujudkan oleh Zaid Ibrahim. Cuma ada ‘catch’ - sesiapa yang ingin menjadi ahli wajib membayar RM250. Jumlah ini agak berat untuk saya - lalu saya menolak jemputan ini.

Seminggu sebelum Ngo ini berkumpul dan bersidang saya telah mendapat panggilan telefon mengatakan bahawa RM250 telah dibayar oleh Zaid Ibrahim. Saya hairan kerana seumur hidup saya – saya belum pernah bercakap sepatah pun dengan susuk ini. Dari panggilan talipon - saya telah diberi kebenran untuk datang ke persidangan pertama Civil Society ini di Hotel Renaisance.

Inilah kali kedua saya melihat Zaid Ibrahim. Kali kedua ini agak berbeza. Anak muda kurus yang berbaju biru dan berseluar hitam dahulu telah agak bersisi. Rambutnya telah dicantikan oleh anyaman uban. Baju dan pantalon yang dipakainya kelihatan dari jenis yang baik dan bermutu. Nah! Pastilah dia telah berjaya hinggakan sanggup membayar yuran untuk orang yang tidak dikenalinya.

Dua hari sebelum nama Zaid Ibarahim dimahsyurkan sebagai calon di Hulu Selangor saya telah pergi menemuinya. Rumah kediaman si Zaid ini bukanlah sama seperti bilik sewa tempat saya menginap. Ini kawasan lumayan yang hanya 30 minit dari Serendah Hulu Selangor.

Mata saya memerhati dengan rapi untuk mengetahui lebih dalam lagi manusia yang bernama Zaid Ibrahim ini. Rumahnya tidak mengancam tapi pastilah lebih luas dari bilik sewa saya. Dalaman tidak lucah dan bukan bermotifkan budaya ‘arriviste – horray henry’ yang sering kita temui di wilayah-wilayah mewah.

Tujuan saya datang kerana ingin bertanya apakah dia masih ingat lagi apa yang terjadi di Dewan Majlis PMUM 38 tahun dahulu. Zaid termenong sabentar sebelum mengakui yang dia pernah datang ke PMUM untuk bermesyurat. Tetapi tidak ingat apa tujuan dia hadir. Malah dia juga tidak ingat bahawa pada petang itu yang di salib ialah saya.

Saya tidak merasa kecewa kerana si Zaid tidak mengingati episod itu. Inilah perjalanan hidup kita sebagai manusia . Terpencar pencar - ada yang kita ingati dan ada yang kita lupakan. Untuk kita – pekara yang ini mungkin penting dan untuk orang lain pekara yang sama adalah ‘non event – tidak ada apa apa yang penting’.

Kenapa saya menulis kesah ini? Saya menulis kerana susuk yang bernama Zaid Ibrahim ini sedang berkempen untuk memenangi kerusi di Parlimen. Saya menulis ini kerana saya yakin bahawa manusia yang bernama Zaid Ibrahim ini adalah manusia demokrat. Tiga puluh lapan tahun dahulu – ketika kami masih lagi anak pelajar - si Zaid ini telah memperlihatkan sifat jujur dan demokratnya.

Pada petang itu – 38 tahun dahulu - si Zaid telah tidak terpengaruh dengan tohmah anti-komunis, anti kiri dan anti sosialis. Sifat demokratiknya telah tertanam dalam sebelum dia meletakan jawatan sebagai menteri kabinet kerana menentang ISA. Susuk yang bernama Zaid Ibrahim dapat melihat salah dan benar.

Jika saya warga Hulu Selangor saya merasa senang hati untuk menobatkan Zaid Ibrahim sebagai wakil suara saya di Parlimen. (TT)

Sunday, April 18, 2010

Artikel Ustaz Berunsur Fitnah???

Tadi aku menonton berita,ada satu group NGO Islam di Selangor buat laporan polis ke atas Ustaz Asri dengan Malaysiakini atas artikel Ustaz Asri yang bertajuk 'Telan Air Ludah Ustaz' dan disiarkan dalam Malaysiakini,aku pun tak pasti sama ada artikel ni berunsur fitnah ke apa,tapi setakat ni apa yang aku tahu apa yg Dr Asri cakap atau tulis biasanya ada fakta,Wallahualam....

P.S :Kalau geng NGO ni tau aku pun siar artikel ni dalam blog,silap2 aku pun kena saman nanti,padan muka aku

Tuesday, April 13, 2010

P094 Hulu Selangor


Sekarang ni 1 Malaysia (bukan 1 israel) semua tertumpu dekat kawasan hulu selangor,pilihanraya kecil parlimen akan diadakan ekoran kematian penyandangnya dari PKR sebelum ni,setakat yang aku dah terima sms dari sahabat2,Dato' Zaid Ibrahim sudah diumum sebagai calon dari PKR,tapi Be End masih belum umum calon,tapi apa yang aku nampak,PKR pun agak tipis harapan nak menang kawasan ni kalau tgk balik majoriti masa Pilihanraya Umum 2008,lagipun kawasan ni bleh dikatakan kawasan yg agak 'ulu',byk kawasan2 FELDA dlm ni,aku sendiri pernah sampai ke FELDA SUHARTO dlm kawasan Hulu Selangor ni,Masya Allah punya la jauh,tapi apa2 pun,kita tgk nanti apa strategi kedua-dua parti berkempen dekat Hulu Selanogr ni & apa isu yang akan depa bawak...

P/S : Kalau xdak aral melintang InsyaAllah aku akan turun ke Hulu Selangor pada hari penamaan calon nti

Adios............

Monday, April 12, 2010

Tulisan Gempar Dari Dr Asri : Telan Air Ludah Ustaz!!

Berbagai sumber yang boleh diyakini memaklumkan kepada saya bahawa di Selangor ada seorang tokoh agama yang mengadakan 'upacara' orang ramai menelan air liurnya untuk keberkatan.

Upacara itu pula dibuat di masjid. Apa tidaknya, beliau ada tauliah dan berjawatan di negeri berkenaan.

Pengikutnya atau hadiran yang menghadiri kuliah disuruh berbaris dalam masjid lalu 'menikmati' seorang sedikit air liur tokoh agama aliran tarekat itu yang di masukkan ke dalam mulut mereka. Beliau mendakwa inilah ajaran Ahlus Sunnah wal Jama'ah. Kononnya untuk mendapatkan keberkatan beliau!

Ada banyak perkara yang boleh ditanya.

Demikian mudah nama Ahlus Sunnah dipergunakan dan tidak pula dikenakan tindakan oleh JAIS.

Jika ditanya mungkin ustaz itu –jika dia tahu- akan berkata ada hadis Nabi s.a.w pernah meludah mata 'Ali bin 'Abi Talib sehingga sembuh sakit matanya.

Atau mungkin riwayat lain yang dipertikaikan kesabitannya yang menyatakan kononnya Rasulullah s.a.w pernah meludah ke dalam mulut kanak-kanak pada Hari 'Asyura untuk melatih mereka terus berpuasa.

Riwayat ini dipertikaikan oleh sebahagian sarjana hadis. (lihat: Silsilah al-Da'ifah hadis ke 6749).

Apapun, soalan yang wajar ditanya, apakah ustaz berkenaan merasakan dirinya setaraf dengan Nabi s.a.w atau seberkat baginda s.a.w sehingga dia pun hendak menyuruh orang lain menelan ludahnya?

Para sahabah Nabi s.a.w seperti para khalifah al-Rasyidin, atau para sahabat lain yang dijamin buat mereka syurga mempunyai berbagai kelebihan atau fadilat mereka yang dinyatakan sendiri oleh Nabi s.a.w.

Begitupun tidak pernah pun para sahabat ini semasa atau selepas kewafatan Nabi s.a.w membuat majlis dalam masjid atau luar masjid memanggil orang ramai menelan air ludah mereka untuk mendapatkan berkat.

Apakah ustaz berkenaan merasakan dirinya sudah sampai ke suatu tahap yang menyamai Nabi s.a.w dan dia pula diberikan lesen besar oleh Jabatan Agama untuk mempromosikan 'kesucian' air ludahnya itu?

Pertembungan

Isu-isu yang seperti inilah yang sering membawa perbezaan antara golongan pembaharuan yang ingin membersihkan Islam dari kepentingan diri, bertembung dengan kelompok yang cuba menjadikan Islam sebagai sumber untuk mendapatkan kuasa pengaruh dan ketaksuban dengan cara memperbodohkan orang ramai agar meletakkan kesucian untuk diri mereka.

Golongan tarekat sering terjebak dengan hal yang seperti ini. Padahal semua hal tersebut atas tujuan penguasaan pengaruh atau politik yang akhirnya boleh membawa keuntungan yang berbagai kepada seseorang tokoh.

Hal ini saya telah sentuh dalam artikel 'Kuasa Politik dan Kuasa Agama'.

Dalam buku Tarekat Naqsyabandi, disebutkan tentang tanggungjawab disiplin pengikut tarekat: “Meninggalkan ikhtiar diri dan menyatukan ke dalam ikhtiar syeikh dalam segala urusan, baik ibadat mahupun adat kebiasaan.

Salah satu tanda murid yang benar, kalau syeikh menyatakan kepadanya: “Masuklah ke dalam api yang menyala”, ia akan memasukinya” (H.A Fuad Said, Hakikat Thariqat Naqsyabandiah, m.s. 103).

Padahal dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, di mana Rasulullah s.a.w. pernah menghantar satu pasukan kecil tentera dan dilantik seorang lelaki Ansar mengetuai mereka serta memerintahkan mereka agar taat kepadanya.

Semasa dalam tugasan, lelaki itu pernah marah kepada mereka dan berkata: “Tidakkah kamu diperintahkan untuk taat kepadaku?”.

Jawab meraka: “Bahkan”. Katanya: “Aku telah putuskan apabila kamu siap kumpulkan api, kamu nyalakannya dan hendaklah kamu masuk kedalamnya”.

Maka mereka pun mengumpulkan kayu api dan menyalakannya dan apabila mereka hendak masuk ke dalamnya maka mereka melihat antara satu sama lain.

Maka salah seorang dari mereka terfikir: “Kita ini mengikut Nabi s.a.w. hanya kerana ingin lari dari api (neraka) apakah kita patut masuk ke dalamnya?”.

Sedang mereka dalam keadaan tiba-tiba api tersebut pun terpadam dan kemarahan ketua mereka kembali tenang.

Maka apabila kisah tadi disebut kepada Nabi s.a.w., baginda bersabda: “Jika mereka memasukinya maka mereka tidak dapat keluar darinya selama-lama (mereka akan mati dan tidak dapat kembali ke dunia).

Ketaatan itu hanya itu hanya dalam perkara ma'ruf (kebaikan)”. Maksudnya, tidak boleh taat kepada arahan yang menyanggahi ajaran Islam.

Ketua yang dilantik oleh Nabi s.a.w sendiri pun tidak disuruh taat membabi buta, inikan pula sekadar guru tarekat yang hanya melantik diri sendiri!

Hadis Musalsal

Dalam usaha membina pengaruh, sesetengah golongan mencipta hadis-hadis yang bersifat musalsal. Hal ini mula berkembang dan 'mendapat tauliah' dalam negara ini.

Hadis Musalsal bermaksud periwayat hadis itu akan meniru perbuatan periwayat sebelumnya, yang sebelumnya itu juga meniru yang sebelumnya sehinggalah berterusan kepada Rasulullah s.a.w.

Contohnya, periwayat akan memakai serban seperti yang ditiru dari periwayat sebelumnya dan berterusan sehingga kepada Rasulullah s.a.w.

Hadis-hadis ketagori ini dinamakan dengan hadis musalsal. Kebanyakan hadis jenis ini amat daif atau palsu.

Kata tokoh agung hadis al-Imam al-Zahabi (meninggal 848H): “Secara umumnya hadis-hadis musalsal adalah dhaif, kebanyakannya pula adalah batil, disebabkan pembohongan periwayatnya. (Al-Zahabi, al-Muqizah fi `ilm al-Mustalah al-Hadith, m.s. 44. Halab: al-Matbu`at al-Islamiyyah).

Jika pun ada yang sahih, adakah periwayat di zaman ini mencapai standard perawi yang dikehendaki dalam disiplin ilmu hadis sehingga layak riwayat mereka itu hendak dipercayai?

Sebenarnya, di sebalik 'kegalakan' sesetengah pihak berkempen hadis-hadis jenis ini, ia mempunyai tujuan agar diri mereka dikaitkan dengan Nabi s.a.w dan hasilnya mereka akan disucikan atau diagungkan sehingga ke tahap air ludah mereka pun ditelan orang.

Inilah yang Prof Hamka berikan sindiran pedas pada zamannya dengan memetik kata seorang tokoh bernama Syeikh Abdullah Saleh: “Menjadi Mufti dalam Kerajaan –kerajaan Melayu itu sangatlah megahnya.

Memakai pakaian rasmi yang pakai polet, berpisang sesikat di bahu, jubah berukir-ukir benang emas, dan serban dari sutera dan berkereta sendiri.

Rakyat pun sangat takut dan taat, sisanya dimakan, sepah sirihnya dikunyah. Dan kalau beliau ingin hendak kahwin, bismillah! (Prof Hamka, Ayahku, m.s. 160, Selangor: Pustaka Dini).

Demikian jika ketaksuban melampaui batasan yang patut.

Dulu saya pernah tegur, ada guru dari Indonesia yang diberikan lesen berceramah di masjid-masjid di Malaysia mendakwa sesiapa yang berjabat tangan dengannya bererti berjabat tangan dengan Nabi s.a.w maka akan masuk syurga.

Beliau membuat majlis di masjid-masjid membaca hadis musalsal berjabat tangan atau disebut al-Musalsal bi al-Musafahah.

Lalu beliau pun baca hadis palsu berkenaan: “Sesiapa yang berjabat tangan denganku, atau dengan orang yang berjabat tangan denganku sehingga hari kiamat maka dia masuk syurga”.

Maka orang ramai yang terpengaruh pun akan berjabat tangan dengannya dengan dakwaan kononnya tangan tersebut telah berjabat dengan tangan sebelumnya secara berangkaian sehingga kepada Nabi s.a.w.

Hadis palsu itu telah disangkal oleh para sarjana hadis sejak sekian lama. Kata sarjana besar hadis al-Imam Ibn Hajar al-`Asqalani (meninggal 852H) dalam Lisan al-Mizan: “Riwayat berjabat tangan Mu`ammar tidak akan diterima oleh orang yang berakal” (Ibn Hajar al-`Asqalani, Lisan al-Mizan, 6/ 68, Beirut: Muassasah al-`Ilm li al-Matbu`at).

Begitupun, ada juga mereka yang terpelajar terpengaruh dengan dakwaan yang karut yang seperti itu.

Para sahabat Nabi s.a.w entah berapa kali berjabat tangan dengan Nabi s.a.w, namun tidak pernah mereka membuat majlis berjabat tangan dengan mereka untuk masuk syurga.

Sebenarnya, ia bukan berkaitan syurga atau Nabi s.a.w, tetapi kegilaan sesetengah manusia untuk mendapatkan pengaruh dan kuasa.

Ekploitasi


Saya teringat cerita seorang kawan yang menyatakan apabila rombongan mereka ke Mekah untuk umrah dan pihak 'ustaz' yang menguruskannya tidak dapat menyediakan tempat dan makanan seperti yang dijanjikan, maka ustaz itu berkata: 'ini ujian Tuhan yang mungkin disebabkan dosa-dosa tuan-tuan sebelum tiba di tanah suci”.

Dengan itu semua ahli rombongan terima seadanya, walaupun tidak padan dengan kadar harga yang dibayar kepada ustaz berkenaan.

Saya tersenyum dengan cerita itu. Saya kata: “Ada golongan manusia yang suka eksploitasi orang lain dengan menggunakan agama. Mengapa saudara tidak bertanya apakah hukum wang orang yang diambil tetapi gagal menunaikan janji di tanah suci?!”.

Malangnya, ramai yang berpelajaran tinggi yang bukan bidang khusus agama, yang baik intelek mereka, tapi apabila tiba masalah agama mereka memandulkan akal.

Seakan, agama melarang mereka menggunakan akal walaupun ternyata mereka diperbodohkan oleh orang yang menyalahgunakan agama. Ya, bukan semua golongan agama begitu, tapi ada yang begitu!

Saya sedang menunggu apakah reaksi JAIS terhadap majlis menelan air ludah yang dibuat dalam masjid itu.

Saya juga sedih apabila tahu ada juga orang yang terpelajar sanggup menelan air liur ustaz berkenaan.

Apakah mereka pasti ustaz mereka itu telan mencampakkan berkat ke dalam mulut mereka?

Pastikah pula mereka air liur ustaz mereka itu memang berkat?


Sekali lagi, sebenarnya, mereka pun tidak pasti dan ustaz berkenaan pun tidak pasti.

Ini bukan berkaitan air liur atau berkat, ia berkaitan kuasa pengaruh atau doktrin yang ingin ditanamkan. Akhirnya, semua mereka akan ikut dan serah apa sahaja seperti yang berlaku pada al-Arqam dan Tal Tujuh di Kelantan.

Republik Anak Muda

Pada malam 10 April aku telah ke hadir ke program Testamen Politik Anak Muda di Kompleks Masyarakat Penyayang,antara speaker2 yg berpidato ialah YB Sim Tze Sin dgn Sdr Hasmi Hashim,aku kagum dengan pembawakan mereka mengenai politik,kalau sebelum ni politik lebih kepada ceramah,konvensyen & sbgnya,tapi program diorg lebih kepada 'gathering' yang mana konsep diorg akan lebih menarik anak muda join program yang berunsur politik,ada juga Acoustic Performances dari Bibi Ramones.Apa2 pun,aku harap program mcm ni akan lebih banyak dianjurkan di sebelah utara kerana sebelum ni mereka banyak bergerak di sebelah selatan,kalau korang nk tau lebih pasal diorg,hit Facebook kemudian search Republik Anak Muda (RAM)

Adios.........

Wednesday, April 7, 2010

Pakat Mai Ramai2



Kenyataan Biadap Lagi Bodoh Seorang Menteri

KENYATAAN MEDIA

07 April 2010

Perkara : RM100, Shahrizat menghina warga emas Pulau Pinang

Merujuk kepada kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang telah disiarkan oleh Malaysiakini pada 06 April dibawah tajuk RM100 : Shahrizat tawar takziah buat warga emas.

Dalam kenyataan tersebut Shahrizat telah mengatakan bahawa beliau telah menyifatkan pemberian RM100 setahun kepada warga emas Pulau Pinang sebagai suatu yang memalukan kerana baginya kerajaan negeri pimpinan DAP telah meletakkan nilai warga emas di negeri tersebut sebagai kurang daripada RM10 sebulan.

Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang memandang kenyataan ini sebagai satu penghinaan kepada seluruh warga emas Pulau Pinang kerana Shahrizat sendiri telah meletakkan nilai warga emas Pulau Pinang kurang dari RM10 Sebulan.

Kenyataan Shahrizat juga yang mahu mengucapkan Takziah kepada warga emas Pulau Pinang juga merupakan satu kenyataan yang boleh dianggap biadap kerana mengucapkan Takziah kepada warga emas yang masih hidup.

Shahrizat sepatutnya malu dengan dirinya sendiri kerana sebagai seorang Menteri beliau telah mengulas isu ini hanya mengikut logic akal beliau sahaja tanpa mengetahui tujuan sebenar pengagihan RM100 ini.

Sebenarnya sejak dari awal lagi Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng telah menerangkan kepada rakyat Pulau Pinang bahawa pemberian ikhlas RM 100 itu bolehlah dianggap sebagai hadiah ulangtahun kelahiran warga emas terbabit.

Pemberian RM100 itu akan dan telah diberikan kepada seluruh warga Pulau Pinang yang berumur melebihi 60 tahun pada Mac 2009 tanpa mengambil kira fahaman politik mereka.

Dan tujuan pengagihan itu juga telah diterangkan kepada warga emas, ianya bukanlah untuk membasmi kemiskinan tetapi sekadar menunjukkan bahawa kerajaan Negeri Pakatan Rakyat menghargai warga emas Pulau Pinang.

Agak menghairankan disini, warga emas Pulau Pinang boleh memahami tujuan pemberian RM100 itu dan sedar RM100 itu tidak mungkin membawa keluar golongan miskin dari belenggu kemiskinan tetapi seorang Menteri gagal memahaminya.

Jika Shahrizat mengatakan nilai warga emas pulau Pinang ialah kurang dari RM10 sebulan,hakikatnya itu sebenarnya jauh lebih baik dari tidak dihargai atau tiada nilai langsung..

Sebelum Shahrizat mendakwa beliau merasa malu dengan pemberian RM100 setahun oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Shahrizat sepatutnya mengimbau kembali semasa Barisan Nasional memerintah Pulau Pinang selama 50 tahun, adakah mereka pernah menghargai kehadiran atau kewujudan Warga Emas yang banyak menyumbang untuk kerajaan Negeri Pulau Pinang?

Kecuali RM50 dan sehelai kain batik/pelikat selama 5 tahun sekali menjelang pilihanraya tiba, warga emas Pulau Pinang tidak pernah dihargai langsung oleh Barisan Nasional yang memerintah semasa itu.. ini yang sepatutnya memalukan Shahrizat..

Sebagai Menteri yang menjaga Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat sepatutnya berterima kasih kepada kerajaan Pakatan Rakyat negeri Pulau Pinang kerana mengambil inisiatif menzahirkan penghargaan buat warga emas yang wujud didalam masyarakat, bukannya mempolitikkan pemberian RM100 ini.

Angkatan Muda Keadilan merasa kesal dengan kenyataan dangkal yang dikeluarkan tanpa usul periksa yang tidak sewajarnya dikeluarkan oleh seorang yang bertaraf Menteri ini.

Disini saya bagi pihak Angkatan Muda Keadilan Negeri Pulau Pinang mendesak Dato Seri Shahrizat agar meminta maaf secara terbuka kepada seluruh warga emas Pulau Pinang yang telah dihinanya itu.

Amir Haji Ghazali

Ketua Angkatan Muda Keadilan

Negeri Pulau Pinang.


Tuesday, April 6, 2010

Kapitalis Di Depan Mata


Salam,
Aku baru saja update petang tadi artikel bro Isham pasal Kapitalis,tup2 benda ni terjadi depan mata aku & aku boleh dikatakan salah seorang mangsa kapitalis.

Apa yang aku cuba sampaikan kat sini bukanlah untuk menagih simpati,tapi aku nak 'share' apa yang aku sedang hadapi dengan golongan kapitalis ni,

aku bekerja di sebuah syarikat IT yang agak maju la dekat Penang ni,dan aku agak berbangga sebab aku dapat bekerja dgn company yang agak "well established" ni & owner dia pulak adalah seorang bumiputra jutawan,kalau turun Penang Bridge menghala ke GeorgeTown korang akan nampakla Mahligai tuan aku yang kaya ni,siap mengadap highway & laut lagi..

Kami seluruh warga syarikat agak berbangga sebab dapat "contribute" utk syarikat walaupun tangga gaji kami ni kalau nak diikutkan di bawah paras kemiskinan,tapi apa yang kami pekerja2 ni agak terkilan ialah walau mcm mana bagus @ banyaknya bisnes yang kami bagi dekat syarikat,dia masih tidak berpuas hati,tapi hakikatnya dalam setahun syarikat punya jualan mencecah hingga 2 ke 3 juta.

Tapi yang bestnya dgn majikan aku ni,di mulutnya sentiasa basah dgn perkataan "ALHAMDULILLAH"...............tapi hakikatnya ada saja yang tak kena pada dia.Aku akui,2 3 bulan ni jualan syarikat agak lembab akibat daripada kerajaan yang so called kurangkan budget,tapi syarikat masih lagi belum rugi,cuma perniagaan agak lembab itu sahaja,& kalau nak diikutkan,masih ada lebih kurang 2 ratus ribu pending payment daripada goverment yang hanya menanti masa utk masuk dalam kantung syarikat.

Apa yang aku cuba sampaikan maksud "KAPITALIS" ni ialah,bagaimana seseorang ini menjalankan perniagaan dengan menggunakan kepandaian serta pengalaman2 pekerja ini untuk memajukan serta memadatkan koceknya sendiri,beliau lebih kepada menggunakan pekerja2 yang berpengalaman ni untuk menjadikan dia yang sedia kaya lebih kaya,dan para pekerja ni dilayan tanpa imbuhan yang setimpal seperti kenaikan gaji,bonus dll sudah lebih 7 tahun dari hari pertama syarikat ni berniaga.

Pada apa yang aku paham,modus operandi kapitalis2 ni semua adalah sama,menggunakan peluang serta apa yang ada untuk mengkayakan diri sendiri,kemudian setelah dia merasa yang dia sudah tidak boleh melahap seperti biasa dan dah mula kena ikat perut sikit,dia mula meninggalkan apa yang ada & cuba mencari jalan utk membuat kekayaan yang baru tanpa memikirkan nasib pekerja2 ini.

Kalau kita renung balik golongan2 ni,pada mereka,apa yang mereka dapat ini tidak pernah cukup & mereka hanya pandang kepada keuntungan,tanpa memikirkan nasib golongan2 yang selama ini hampir tiga suku maut bekerja untuk mencari rezeki.

Aku harap korang suma paham(walaupun tak paham buat2 la paham)apa yang aku cuba sampaikan ni,aku akui,budaya kapitalis ni adalah kiblat bagi golongan pemodal,dan gerombolan ni ada di mana2 even di depan mata kita tanpa kita sedari....

Adios..........

John Perkins :Ejen Kapitalis dunia

*Tulisan dari Hishamuddin Rais,artikel ni sebenarnya disiarkan Julai tahun lepas dalam web MalaysiaKini,tapi sebab artikel ni pada aku menarik untuk kita lebih memahami bagaimana golongan kapitalis buat duit,dan bagaimana kita diperbodohkan oleh golongan2 kapitalis ni...



Pada 2004, John Perkins menulis Confession of an Economic Hit Man– Pengakuan Tukang Pukul Ekonomi. Buku ini melakar bagaimana Perkins direkrut oleh National Security Agency (NSA) untuk menjaga kepentingan kaum pemodal antarabangsa.

Untuk menghalalkan tugasnya, Perkins telah dimasukan bekerja di sebuah syarikat konsultan ekonomi sebagai baju yang dipakai oleh Perkins kerana syarikat ini memiliki hubungan rapat dengan NSA.

Sebagai penasihat ekonomi, Perkins merayau-rayau ke Indonesia, Panama, Ecuador, Colombia, Arab Saudi, Iran dan negara yang dianggap memiliki potensi ekonomi.

Tugas Perkins cukup enteng: dia akan menasihatkan pemimpin negara-negara ini untuk membuat projek-projek mega (seperti projek Bakun).

Perkins tidak memiliki masaalah untuk bertemu dengan pemimpin politik negara-negara Dunia Ketiga kerana dia sedar bahawa pemimpin-pemimpin ini, apabila mendengar ada Mat Saleh ingin bertemu mereka, maka mulut dan buntut mereka ternganga luas.

Perkins dijemput untuk menghadiri pelbagai seminar dan mesyuarat (seperti Invest Malaysia 2009) dan dijemput dalam perbincangan percambahan pendapat.

Akhirnya Perkins akan membuat dan mengajukan kertas kerja dan cadangan untuk memunculkan projek mega.

Dalam masa yang sama, melalui Perkins, Bank Dunia atau Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) atau bank-bank lain akan bersiap sedia mengeluarkan dana.

Projek mega ini cara "merasuah" para pemimpin dan kroni para politikus Dunia Ketiga. Projek-projek ini tidak ada sangkut paut dengan kepentingan ekonomi warga negara itu walaupun dengan lunak Perkins akan menggambarkan bagaimana projek mega ini akan memberi manfaat untuk rakyat. Ia hanyalah kelentong.

Kontraktor-kontraktor projek, perkakas pembuatan – semuanya didatangkan daripada nasihat Perkins. Projek ini akan menggunakan pakar-pakar 'Mat Saleh' yang dibayar dengan lumayan berbanding dengan pakar tempatan.

Perkins melahirkan pekerjaan untuk para Mat Saleh yang dipanggil 'pakar'.

Dalam masa yang sama, Perkins cukup sedar banyak dana ini akan masuk ke dalam poket para pemimpin negara ini - ia sebahagian daripada strategi Perkins. Ia perangkap yang sengaja dipasang.

Sedikit demi sedikit negara ini akan terhutang dengan lembaga-lembaga bank antarabanga – IMF, Bank Dunia, Bank Eropah dan pelbagai lembaga dana yang bekerja erat dengan Perkins.

Bunga dan hutang ini akan meningkat, lalu menambahkan lagi beban negara. Perkins akan mengusulkan cara terbaik untuk mencari dana agar dapat membayar hutang dan bunga.

Cadangan Perkins: subsidi mesti dihapuskan. Kawalan makanan dilupuskan, import dibesarkan. Barangan eksport dimurahkan.

Nilai ringgit dikurangkan dengan alasan akan menarik orang luar membeli barangan eksport.

Akhirnya – akan sampai suatu masa – hutang begitu menjerut untuk negara ini. Maka Perkins akan 'menasihatkan' para politikus agar Pertamina memberikan hak untuk Exxon menjalankan cari gali di Ambalat – mislanya yang terjadi di Indonesia.

Ia perangkap awal.

Jika pemimpin politik ini memiliki perasaan nasionalisme dan terus berdegil, maka akan dihantar apa yang di panggil 'the Jackals'. Mosaddeq di Iran menjadi mangsa pada 1953.

Presiden Guatemala pada 1954 menjadi mangsa agar bumi negaranya selamat untuk dijadikan ladang pisang United Fruits Company. Sukarno pada 1965, Ecuador pada 1981.

Mari kita melihat kes klasik sejarah Terusan Panama yang telah dimiliknegarakan oleh Omar Torrijos pada 1977. Kemudiannya, pada 31 Julai 1981, kapal terbang yang dinaikinya meletup di udara.

Sesudah Torrijos mati, Amerika kembali mendapat hak untuk meletakan tenteranya di Terusan Panama. Khalas.

Di negara kita sendiri perkara yang sama pasti berlaku. Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilakar oleh Razak Hussein mengetepikan kepentingan pemodal antarabangsa. Kaum pemodal ini berasa kurang senang dengan dasar ini. Melalui media dunia, mereka terus mempertikaikan dasar ini.

Dasar ini juga dikritik oleh kapitalis nasional dan kapitalis komprador yang suaranya diwakili oleh MCA.

Ketika itu air, api, telekom, universiti, jalan raya, hospital, tanah Felda dan perbadanan kemajuan ekonomi peringkat negeri SEDC – semuanya milik orang ramai, yakni milik negara.

Kritikan dasar ini tidak ada sangkut paut dengan kepentingan Mak Jah peniaga warung di Gombak atau Pak Huseing pembuat budu di Pengkalan Chepa. Kritikan ini datang daripada kaum kapitalis yang tidak dapat membuat keuntungan maksimum.

Apabila Mahathir Mohamad naik, semua ini diubah. Untuk mendapat sokongan kapitalis komprador dan kapitalis nasional (baca: pemodal Cina), Mahathir telah menswastakan harta rakyat ini. Maka gembiralah dan berkendurilah kaum kapitalis ini.

Harta kekayaan mereka bertimbun-tambah. Laporan terbaru membuktikan bagaimana 58 bilion ringgit harta negara di tangan swasta, hanya 2 bilion ringgit sahaja yang menjadi milik Melayu.

Mahathir naik tocang apabila dinobatkan oleh kaum pemodal (kaum: Cina) sebagai penjana pembangunan. (Ia tidak ada sangkut paut dengan Mak Cik Limah di Felda Chomomoi atau Haji Timah tuan punya warung di Senawang) DEB hakikatnya adalah dasar ekonomi kapitalis yang penuh dengan percanggahan.

Dasar ini bercita-cita untuk memunculkan 'zaibatsu' Melayu atau Bumiputera. Ia hanyalah mimpi tegang yang tidak terpancut-pancut.

Cita-cita ini tidak mungkin tercapai hingga bumi meletup. Kalaupun tupai beranakkan gajah, dasar ini tidak akan tercapai!

Dasar DEB tidak akan berjaya kerana dalam hukum ekonomi kapitalis "apa boleh jual akan dijual, apa yang boleh dibeli akan dibeli".

Dalam ekonomi kapitalis, tidak ada agama atau bangsa. Setiap kali modal dilabur untuk Melayu, ia pasti akan bertalian dengan ekonomi Cina yang telah lama kukuh. Wang yang mengalir ini belum mengambil kira jumlah rasuah.

Tidak mungkin semua orang Melayu/Bumiputera akan dapat dikayakan. Pemodal memerlukan buruh yang boleh diupah murah. Pemodal memerlukan pengguna untuk membeli.

Kalau Melayu semua kaya, siapa pula yang akan menjadi buruh di ladang sawit, penanam padi, nelayan dan Minah Karan dan Mat Spanar?

DEB hanyalah satu kelentongan atau tipu helah - lubuk para politikus Melayu berkumpul membuat dasar atas nama Melayu.

Dengan bersandarkan kemelayuan, maka para politikus Melayu ini dapat 'merembat' harta negara.

Pada ketika DEB dimulakan, pergaduhan Melayu lawan bukan Melayu baru selesai (peristiwa 13 Mei 1969). Kapitalis nasional dan kapitalis komprador tidak berani menyuarakan tentangan pada ketika itu.

Mereka melihat dari jangka panjang kepentingan mereka lebih terjaga dengan dasar DEB ini. Anggapan mereka cukup tepat.

Siapa dia Lim Goh Tong, siapa dia Ananda Krishnan, siapa dia Vincent Tan?

Dasar untuk menjadikan 30 peratus harta kekayaan negara ini dimiliki oleh Melayu/Bumiputera adalah mimpi kosong dan dasar yang salah. Tidak perlu membuat kajian ilmiah – pergi sahaja keluar dari Kuala Lumpur dan lihat sendiri kehidupan orang-orang di kampung.

Memang betul ada perubahan. Kalau dulu, pada 1974, di Kampong Chenor (kampung saya) tidak ada elektrik dan air, hari ini telah ada.

Tetapi air dan elektrik kini dimiliki oleh pemodal tuan empunya saham. Hospital dimiliki oleh pemodal tuan empunya saham.

Sekolah dan universiti dimiliki oleh pemodal tuan empunya saham.

Jalan raya dimiliki oleh pemodal tuan empunya saham. Telefon dimiliki oleh pemodal tuan empunya saham. Inilan perbezaannya.

Inilah hakikatnya.

Dua minggu dahulu Najib Razak telah membuat dasar liberalisasi. Perkataan LIBERALISASI ini perkataan hampeh - perkataan putar alam bertujuan untuk mengelirukan kefahaman yang tuntas kepada orang ramai terutama kepada Mak Cik dan Pak Cik Felda.

Liberalisai bermakna syarikat antarabangsa dibenarkan berniaga bebas dalam negara ini.

Dua hari lalu Najib telah mengubah satu jalur DEB. Kaum pemodal pasti akan mengalu-alukan dasar (baru) ini. Ertinya pasaran Malaysia terkangkang luas untuk dientot. Ertinya, tidak ada lagi halangan untuk sesiapa sahaja memiliki harta kekayaan negara ini.

(Kalau saya kapitalis, saya akan terpancut siang malam dan meleleh air liur melihat harta negara ini boleh dimiliki).

Kenapa Najib membuat dasar baru ini?

Cukup senang untuk memahaminya. Najib memiliki masaalah peribadi yang berat. Jangan silap baca, ia tidak ada sangkut paut dengan berat isteri Najib. Berat di sini bermakna berat dari segi politik.

Contohnya, parti yang dipimpin oleh Najib tidak lagi mendapat sokongan rakyat. Retak-retak kelihatan dalam gabungan Barisan Nasional. Dan paling menakutkan Najib apabila kaum kapitalis komprador dan kapitalis nasional (baca: pemodal Cina) telah menjauhkan diri daripada Najib.

Dalam masa yang sama media antarabangsa terus menghantui Najib dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, wanita cun dari Mongolia. Media luar ini alat pembesar suara untuk memastikan kepentingan kaum pemodal antarabangsa terjaga rapi.

Kaum pemodal antarabangsa ini telah lama ingin merembat harta kekayaan negara ini. Hantu-hantu, polong-polong dan puaka-puaka ini perlu dijaga.

Najib wajib melakukan sesuatu. Seperti Mahathir menswastakan harta negara untuk kaum komprador dan kapitalis nasional, maka Najib menswastakan seluruh bumi Malaysia ini untuk kepentingan kelas kapitalis dari dalam dan luar negara - inilah hakikat dari dasar ekonomi yang akan dijalankan oleh Najib.

Di mana Perkins kaki pukul sedang bersemayam?

Jangan risau, si Perkins ini masih wujud. Perkins telah menghantar budak suruhannya dari Singapura. Lupakah projek mega, jambatan ketiga yang dicadangkan Najib sewaktu berkunjung ke republik itu?

"Perkins-Perkins" ini mungkin ada jaringan dalam Unit Perancangan Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri. Si Perkins ini mungkin masih bersarang di Tingkat Empat atau ingin pindah ke tempat yang lebih tinggi seperti di Menara Petronas.

Si Perkins sedang berselerak menjalankan tugas untuk memastikan kepentingan kaum kapitalis akan didahulukan.

DEB atau Dasar Pendekatan Baru ini semuanya tidak akan memberi apa-apa manfaat kepada rakyat biasa. Dasar ini tidak ada sangkut paut dengan kepentingan Gopal pemandu teksi dari Segambut. Dasar ini tidak ada sangkut paut dengan Swee Heng peniaga nasi itik di Jalan Petaling.

Dasar ini tidak ada sangkut paut dengan Hajah Limah pembekal kerepek ubi dari Sijangkang.

Rakyat biasa tidak berjudi di bursa saham. Rakyat biasa tidak tahu apa itu 'pink form'. Rakyat biasa tidak memahami turun naiknya Nasdaq atau Index Hang Seng. Rakyat biasa mahu keselesaan dan bukan mahu diikat dengan pelbagai gaya – cukai, tol, bil hospital, bil air, bil api, bil sewa rumah, cukai rumah – di mana mereka wajib dan dipaksa mengeluarkan duit yang tidak mereka miliki.

Dasar ekonomi terbuka dan terkangkang ini akan menjemput kapitalis antarabangsa – dengan alasan untuk melabur dan membawa modal. Hujah ini betul-betul daripada kertas kerja John Perkins. Beginilah cara yang digunakan oleh Perkins untuk memastikan sesebuah negara itu akhirnya akan dapat dijajah kembali.

Satu kerajaan yang baik adalah kerajaan yang berkiblatkan rakyat. Sebuah kerajaan yang adil tidak akan mempedulikan kepentingan kaum kapitalis kerana mereka menghisap darah warga negara. Dasar yang wajib dinobatkan ialah dasar kepentingan ramai mendahului kepentingan peribadi. Kepentingan ramai menjadi nakhoda dan juragan.

Kerajaan yang adil ialah sebuah pentabiran yang telus di mana dasar ekonominya akan menobatkan kepentingan kaum buruh dan tani kerana dari tenaga mereka inilah munculnya modal.

Modal muncul daripada tenaga manusia. Modal bukan wang ringgit. Wang ringgit adalah tanda nilai tenaga dan fikrah manusia. Modal datang daripada tenaga warganegara itu sendiri.

Modal bukan datang daripada IMF atau Bank Dunia. Duit daripada IMF atau Bank Dunia itu hasil rompakan tenaga kaum buruh dan tani dari seluruh dunia.

Justeru, dasar menjual Felda mungkin dilihat dapat mengumpulkan modal. Awas! Menjual Felda samalah seperti Lebai Sudin di Kuala Nerang yang hanya memiliki sebuah rumah dan tiga relung sawah.

Satu hari untuk membaiki atap rumahnya Lebai Sudin telah menjualkan tiga relung tanah sawahnya kepada...

Buat anak muda


Pakat mai ramai2,Testamen Politik Anak Muda,

Monday, April 5, 2010

Hishamuddin Rais


3 hari lepas aku membeli buku tulisan saudara Hishamuddin Rais a.k.a TukarTiub,yang bertajuk "keganasan,penipuan&internet".Aku kurang arif dengan perjalanan hidup seorang tokoh aktivis yang juga dikenali dengan nama 'Isham' ni,tapi aku terpanggil untuk menulis perihal si 'Isham' ni lepas aku baca sendiri buku serta tulisan2 beliau dalam laman web seperti Malaysiakini & sbgnya.Apa yang aku tahu Bro Isham ni adalah seorang aktivis mahasiswa UM pada tahun 1974,yang mana entah golongan muda mcm aku ni pernah ingat @ tak yang zaman ni lah kebangkitan mahasiswa berdemo untuk golongan petani miskin di Baling,selain itu juga brader ni berada di negara Eropah & Timur Tengah lebih 20 tahun.Bagi golongan reformis @ aktivis seni nama Isham ni mungkin agak 'famous' terutama di kalangan seniman2 'bawah tanah' & juga golongan di Pasar Seni.Kalau berminat nak tau lebih lanjut pasai si 'Isham' ni tanyalah 'Lebai Google'(ni suma ayat Isham) ataupun rajin2 la lawat blog dia http://tukartiub.blogspot.com/

P/S :Kalau2 bro Isham @ geng2 bro 'Isham" ada baca pasal artikel tak lengkap ni,mintak maaf kalau ada kesilapan dari segi fakta dll......

Cabaran Gerakan Pembaharuan :Oleh Ustaz Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Antara perkara yang paling buruk yang menimpa negara ini ialah wujudnya sesetengah golongan agama yang menghalang orang lain berfikir atau memahami agama selain dari apa yang mereka fahami.

Jika fikiran mereka itu lemah, mereka bimbang orang lain berfikir lebih baik nanti akan dianggap mencabar fikiran mereka. Jika fikiran baik, mereka pula enggan jika wujud keperbagaian fikiran yang baik dalam kalangan umat Islam nanti akan dianggap orang lain pun setaraf mereka.

Ini mempunyai kaitan dengan persoalan 'kuasa agama' seperti yang saya sebutkan dalam artikel saya yang lepas. Segala usaha dan percubaan kepada pembaharuan (renewal) akan dianggap sebagai musuh, kurang ajar, biadap, tidak hormat orang tua-tua dan seumpamanya.

Atau, mereka mungkin melabel pihak yang cuba memberikan pandangan yang berbeza dengan mereka dengan berbagai-bagai istilah.

Ramai mereka yang cuba melakukan pembaharuan dalam sejarah Melayu dimusuhi dan diberikan berbagai tuduhan.

Inilah yang menimpa tokoh-tokoh pembaharuan Nusantara termasuk Prof Hamka yang terkenal dengan sumbangan kesarjanaannya, Za'ba yang dianggap sebagai Bapa Persuratan Melayu, Syeikh Tahir Jalaluddin tokoh reformis progresif dan ahli falak, Syed Syeikh al-Hadi tokoh moderate muslim yang berjasa memajukan pendidikan orang Melayu, begitu juga muridnya Dr Burhanudin al-Helmi yang menjadi tokoh politik tanahair dan lain-lain.


Di'cop'

Nama-nama yang disebutkan itu pada zaman mereka menghadapi tuduhan yang berbagai terutama di'cop' sebagai 'kaum muda' atau wahabi atau sesat atau menentang mazhab.

Usaha-usaha pembaharuan mereka ditentang. Pendeta Za'ba hari ini disanjung sebagai tokoh cendiakawan Melayu tapi pada hayat diharamkan tulisan ucapan dan tulisan di banyak negeri.

Tokoh-tokoh traditionalis Perak pernah menggunakan Sultan Perak untuk mengharamkan tulisan beliau.

Za'ba pernah menyebut: Maka hanyalah pada zaman-zaman yang akhir semenjak beberapa ratus tahun yang lalu ini sahaja orang alim Islam hampir-hampir semuanya di serata dunia tidak lagi mempunyai semangat kesendirian kebolehan dan kelayakan untuk berbuat seperti pelopor mereka yang dahulu kala itu.

Ya, jika dicari sangat sedikit boleh didapati yang tahu dan boleh bersendiri, atau berani bersendiri; melainkan di mana-mana pun akan didapati mereka itu hanya biasa tertaklid sahaja dan kebanyakan daripada itu pula ialah bertaklid buta!

Malangnya jika ada siapa yang mencuba berbuat seperti pakar-pakar Islam dahulu kala itu - iaitu melepaskan diri daripada kongkong taklid dan balik kepada Quran dan Hadis dengan kehendak-kehendak zaman dan hal-hal keadaan yang telah berubah sekarang - maka terus dilempar mereka akan dia dengan kata-kata yang tidak selayaknya seperti “sesat dan menyesatkan, memandai-mandai, membawa bidaah, mengubah-ngubah daripada jalan yang telah diatur oleh pakar-pakar dahulu kala itu (nenek moyang), tidak ada rupa hendak melebih daripada orang dahulu-dahulu” dan berbagai-bagai lagi.

Yang betulnya duduklah juga membeku di tempat yang ada itu!!

Mungkin juga kerana mereka sendiri tiada upaya membuatnya maka mereka tiada suka kalau ada orang lain pula dapat berbuat. (m.s 33, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka 2005).

Za'ba juga berkata: “Demikianlah dicela Tuhan di dalam Quran jika orang hanya mengikut apa-apa kebiasaan yang telah teradat dari nenek moyang sahaja dengan tiada diperiksa lagi betul atau tidak betulnya dan tiada dijalankan akal fikiran dan pengetahuan sendiri menguji benar salahnya.

Kerana sesungguhnya perbuatan demikian itulah yang dikatakan bertaklid buta.

Bertaklid buta itu dikeji oleh agama dan oleh sekalian orang berakal, kerana banyak mudaratnya dan kuat kemungkinannya boleh membawa tersimpang kepada jalan yang tiada betul dengan tiada kita perasan.

Tuhan dan Rasulnya tidak menyukai orang bertaklid buta kepada fikiran dan pendapat orang lain.

Imam-imam Mujtahidun dahulu kala tempat orang tertaklid itu sendiri tidak pernah menggemarkan orang-orang bertaklid buta sahaja kepadanya atau memastikan orang sekelian menerima sahaja segala fahamannya dan pendapatnya.

Sebaliknya mereka sentiasa menggalakkan murid dan pengikut mereka supaya menyelidik sendiri, memeriksa dan menimbang sendiri dengan teliti segala pendapat dan keputusan yang telah mereka peroleh itu”.(m.s. 25-26).

Prof Hamka terkenal sebagai sarjana Nusantara yang besar. Tafsirnya Al-Azhar mendapat mengiktirafan atas keilmuwannya.

Beliau sendiri merupakan tokoh pembaharuan di Indonesia yang terlibat membangunkan Gerakan Muhammadiyyah, Indonesia. Bahkan beliau sering membantu pergerakan pembaharuan Islami Tanah Melayu.

Antara usahanya yang terkenal ialah risalah yang ditulisnya mengkritik Mufti Johor ketika yang memusuhi gerakan pembaharuan.

Setiap mereka yang berminat dengan gerakan pembaharuan patut membaca buku Prof Hamka Teguran Suci Dan Jujur Terhadap Mufti Johor.

Antara tegurannya: “Melihat cara-caranya samahah al-mufti sebagai pembela kaum-tua di dalam menghentam kaum-muda bagi beliau rupanya tidaklah mengapa memukul kaum-muda dengan membuat fitnah…sekarang samahah al-mufti rupanya memakai cara-cara pula: matlamat menghalalkan cara. Asal saja kaum-muda dapat dipukul hancur tidaklah mengapa berdusta..” (m.s. 85).

Kata Prof Hamka juga: “Maka orang tua yang dahulunya berusaha keras mempertahankan gelaran itu dengan segala daya upaya, menuduh sesat, zindiq, Wahabi, mulhid, orang tua itu sekarang masih hidup untuk menyaksikan dengan kepalanya sendiri kemenangan yang sekian kalinya dari gerakan kaum-muda!

Akhirnya, semua orang hendak dikafirkannya” (Teguran Suci Dan Jujur Terhadap Mufti Johor m.s. 48, Selangor: Pustaka Dini, 2009). Katanya juga:

“Memang ada juga orang yang tidak suka berebut-rebut. Jangan buka-buka masalah baru. Biar orang tinggal bodoh seperti dahulu dan kalau ada pun fatwa dari mufti hendaklah diterima dengan: Na'am (ya)! Tetapi orang itu sudah sangat jauh ditinggalkan keretapi!” (m.s 49).


Nasib golongan Pembaharuan

Nasib golongan pembaharuan agak tersisih bukan disebabkan kekurangan jasa dan penolakan masyarakat tetapi kegagalan mereka 'mengampu' pihak berkuasa.

Itu yang saya sebut kegagalan menggabungkan kuasa agama dengan kuasa politik. Dengan itu mereka ditindas.

Sumbangan mereka sangat besar. Kebanyakan nilai-nilai keterbukaan dan kemerdekaan minda yang kita nikmati hari ini adalah hasil perjuangan mereka.

Walaupun saya secara peribadi bukannya bersetuju dengan semua idea mereka.

Namun merekalah yang menentang pemikiran sempit, adat-istiadat yang menyanggahi syarak dan fanatik mazhab tanpa asas yang benar. Merekalah yang membebas kongkongan terhadap kaum wanita disebabkan fanatik mazhab dan adat Melayu.

Mereka yang memecah paksaan perkahwinan dan wanita tidak boleh keluar belajar. Mereka yang menggerakkan idea-idea kemerdekaan dan mengasaskan institusi-institusi pendidikan.

Merekalah yang melebarkan Islam kepada pelbagai bidang.

Sumbangan mereka menggerakkan idea penentangan terhadap penjajahan sangat besar.

Namun disebabkan sultan-sultan Melayu ketika itu dikuasai oleh Inggeris dan golongan pembaharuan pula gagal mendekati para sultan dan raja kecuali di Perlis di tangan Abu Bakar Ashaari.

Namun di negeri-negeri lain, golongan pembaharuan gagal untuk mengikuti kehendak dan kerenah istana.

Banyak adat-istiadat Melayu yang dianggap tidak serasi dengan Islam menyebabkan mereka sukar untuk mengikut kehendak telunjuk sultan dan raja.

Pendirian mereka yang berterus terang dengan prinsip-prinsip Islam itu menyebabkan sukar untuk mereka berdamping dengan raja-raja Melayu.

Ruang ini telah diambil oleh golongan penentang mereka untuk mengisi jawatan-jawatan agama dan mendampingi istana-istana untuk menindas gerakan pembaharuan.

Hal ini disebutkan oleh Prof Hamka dalam bukunya 'Ayahku' yang menceritakan perjuangan pembaharuan ayahnya.

Kata Hamka: “Bahkan seketika terjadi pertemuan ulama Sumatera-Malaya yang diadakan Jepun pada tahun 1943 di Singapura, sengaja beberapa orang ulama Singapura menemui kami sebelum ke perjumpaan di mulai, menyatakan bahawa sekali-kali jangan dibawa ke mari fahaman-fahaman yang keluar dari Mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah dan keluar dari Mazhab Syafi'i.

Ketika ada kawan-kawan yang nakal memberitahu bahawa saya anak Haji Rasul, mata ulama itu 'melotot' serupa biji rambutan melihat saya dan saya pun jadi nekad pula sebagai mana nekadnya ayah saya.

Takut benar ulama-ulama di sana pada waktu itu bahawa Mazhab Syafi'i akan berubah lantaran Kaum Muda Sumatera atau Muhammadiyyah di Jawa...alangkah sempitnya, perkara pakaian pun mereka kaitkan dengan mempertahankan berfikir dalam satu mazhab…tidak hairan, sebab feudalisme raja-raja di sana sebagai raja Islam, bersandar kepada ulama kolot yang mengutamakan taklid kepada ulama supaya rakyat taat kepada ulama, ertinya kepada raja, erti kepada Inggeris!” (Prof Hamka, Ayahku, m.s. 162, Selangor: Pustaka Dini 2007).


Enggan mengampu

Golongan penentang pembaharuan mempunyai kelebihan kerana mereka sanggup menurut kehendak istana.

Mereka adakan doa-doa yang memuja dan memuji sultan dan raja. Mereka diamkan tindakan-tindakan istana yang tidak serasi dengan agama.

Fatwa-fatwa mereka hanya dihalakan kepada rakyat dan dilupai kerabat dan pembesar. Dengan itu, mereka dapat mempengaruhi istana agar menghalang perkembangan gerakan pembaharuan.

Pada hari ini kita lihat pemakaian tali leher tidak diharamkan. Namun semasa zaman perkembangan pembaharuan dahulu tali leher diharamkan.

Apabila tokoh-tokoh pembaharuan menyatakan tali leher tidak haram, mereka ditentang.

Namun apabila didapati sultan memakainya, terus fatwa golongan penentang pembaharuan dikeluarkan bahawa tali leher tidak haram jika ada keperluan (lihat: Hamka, Teguran Suci dan Jujur Kepada Mufti Johor, 48-49).



Berlindung

Hasilnya, kuasa istana pun digunakan untuk menindas gerakan pembaharuan. Apatahlagi istana juga tahu sikap para reformis amat tidak secucuk dengan budaya mengampu dan mesra penjajah.

Banyak amalan istana yang akan dipertikaikan oleh tokoh-tokoh pembaharuan.

Penentang pembaharuan mengambil kesempatan ini. Mereka melupakan berbagai amalan khurafat di istana dan rakyat, kemunduran akal dan harta masyarakat Muslim, unsur-unsur feudalism yang menyanggahi jiwa merdeka Islam dan berbagai lagi.

Bagi mereka semua itu kecil dibandingkan usaha menentang golongan pembaharuan yang mengajak umat berfikir dan terbuka minda. Bagi mereka itu akan mengancam kedudukan mereka dalam masyarakat yang mana mereka selama ini boleh berkata apa sahaja tanpa dicabar.

Sedangkan gerakan pembaharuan menentang taklid buta. Kata Hamka: “Alhasil bagi kami ijtihad itu harus digalakkan dan bagi kaum tua pula “taklid dijadikan tiang agama” dan kalau kami bantah taklid, dikatakan kami merosakkan tiang agama.

Kadang-kadang dituduh kaum-muda tidak hormat kepada guru.

Lantaran itu dikata pula merosak tiang-tiang agama. Yang sebenarnya kami hormat kepada guru dan hormat kepada ibubapa. Sebagai juga saudara-saudara muslimin yang lain.

Kedudukan guru sama dengan kedudukan ibubapa wajib dihormati dan dimuliakan. Tetapi kalau guru itu silap jalannya, maka sebagai tanda kami hormat ialah kami tegur, dan jika dibawanya dengan sengaja atau tidak dengan sengaja kepada yang salah, kami tidak akan menurut”. (Teguran Suci dan Jujur Terhadap Mufti Johor, m.s. 65).

Akibat penggunaan kuasa istana, para reformis agama ini terpaksa berlindung di Negeri-Negeri Selat yang tidak mempunyai kuasa istana.

Maka kita lihat sepanjang sejarah tokoh-tokoh reformis tertumpu di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Di negeri-negeri ini sahaja gerakan pembaharuan tidak dipintas atau diganggu oleh kuasa istana. Cumanya, Inggeris sering memantau penentangan mereka terhadap penjajahan.



Hari Ini

Perjuangan para reformis sudah banyak berhasil walaupun mereka menjadi korban kezaliman kuasa. Banyak perubahan telah berlaku.

Hari ini sudah tidak seteruk semalam. Pun begitu masih ada persamaannya. Pembaharuan umat atau tajdid (renewal) masih diperlukan.

Kejumudan kembali atau masih mengongkong kita. Seruan agar kembali kepada al-Quran dan Sunnah serta membebaskan diri dari taklid tanpa faham masih diperlukan.

Ya, penindasan terus berlaku.

Cumanya, yang agak istimewa di era ini golongan pembaharuan mempunyai media alternatif dan internet untuk pandangan mereka disebarkan.

Ternyata saki-baki kuasa istana masih cuba digunakan oleh sesetengah pihak, namun kita berharap kematangan fikiran rakyat satu hari akan dapat melumpuhkan penyalahgunaan kuasa ini.

Internet memboleh banyak hujah disampaikan dan idea disalurkan. Istana sepatutnya tidak berpihak dan mendengar dari semua aliran. Namun, dalam banyak keadaan, itu belum berlaku. Kepada Allah kembali segala urusan.

Semoga tajdid di era baru lebih kemas dan bertenaga!!

NewBies

Assalamualaikum,
Ini adalah 1st time saya tulis blog @ blogging,terus terang saya bagitau saya pun masih blur2 dengan features & mcm2 lagi yang ada dlm ni,tak kisahlah,apapun blog ini akan lebih mengupas tentang apa yang berlaku dekat sekeliling kita,merangkumi politik,budaya,sosial,serta tentang anak2 muda yang mcm saya ni lah,apapun nanti jikalau ada salah silap @ apa2 pun kesalahan dlm penulisan sy @ fakta yg sy cuba sampaikan saya mintak maaf byk2 sebab saya ni bukannya bekas @ mahasiswa mana2 universiti/kolej/institut.jadi dari segi penulisan bagi semua pembaca mungkin hanya standard budak darjah 6.

Adios.......